Monday, November 28, 2011

~ Salam Maal Hijrah 1433... ~


~ Salam Maal Hijrah 1433... ~

.:: Salam Maal Hijrah 1433 buat semua... Hijrah itu PENGORBANAN... So, sedang mengorbankan apa-apa yang patut demi kebaikan dunia sejagat... Mudah-mudahan pengorbanan ini diberkati dan dihargai oleh semua... Amin....

Bila dah ada PENGORBANAN, kena la ada PERJUANGAN... Ye la... Yang dikorbankan tu kadangkala sukar nak ditinggalkan... Maka perjuangan terhadap apa yang dikorbankan tu kena la lebih... Kena usaha lebih sket... Hijrah itu PERSAUDARAAN... Setiap apa yang dikorbankan itu memerlukan perjuangan... Bila dah berjuang, sorang2 takkan la namanya perjuangan... Kena la ada saudara yang support perjuangan tu supaya boleh menang... Kalo tak saudara sedarah sedaging, saudara seIslam pon boleh... Suami or isteri pon boleh juga jadi rakan seperjuangan, betul tak???

Bila dah complete PENGORBANAN, PERJUANGAN dan PERSAUDARAAN, barulah boleh membentuk PERPADUAN... Bila dah ramai-ramai membantu perjuangan tu, baru boleh berpadu... Lebih kukuh dan lebih mantap la PERPADUAN tu...

Kesimpulannya ialah; untuk diri sendiri, nak melakukan pengorbanan nie kena kuat... Bila dah buat pengorbanan, kena perjuangkan untuk memenangi cabaran kerana meninggalkan sesuatu (pengorbanan)... Kalau dah sorang-sorang, memang tak mampu nak berjuang, so perlukan support... Support yang paling utama utk diri ini ialah SUAMI... My Hubby adalah insan yang sangat diperlukan dalam memperjuangkan apa yang dah dikorbankan... Persaudaraan pun diperlukan juga... At least tak la rasa tempang... Then perpaduan boleh dibentuk bila dah ramai yang bagi support.. Barulah kukuh sistem kekeluargaan... Hurmm....

Semoga pengorbanan kita semua diberkati ALLAH... Aminnnnnnnn...

SALAM MAAL HIJRAH buat SEMUA!!! ::.

0 comments: