Tuesday, December 20, 2011
Tuesday, December 13, 2011
~ Di Saat Dugaan Datang Melanda... ~
~ Di Saat Dugaan Datang Melanda... ~
.:: Alhamdulillah, Allah Masih Sayang... Dugaan demi dugaan datang melanda... Pagi nie pegi keje macam biasa... Cuma nak parking je la susah sket sbb tempat slalu parking ada event.... Pasang khemah cam orang kwen... Elok je parking, cam biasa, rutin suka check tayar keta... Haishhhh!!! Sebijik sudah nak kempis... Pancit le tuh... Tak tau la hangin tayar tu tahan takat mana... Dah la pagi-pagi nie nak siapkan job yg deadlinenyer esok... Nak kena pegi melawat kedai tayar plak... Hurmmmm...
Takpe la... Sedang bersabar dengan dugaan yang datang melanda... Lepas satu, satu dugaan datang... Terima dengan hati yang tabah walau ada kala perit & tak mampu nak menanggungnya... Tapi harus diingat, ada orang lain yang lebih menanggung derita berbanding situasi sekarang...
Kesimpulannya, bersyukur kerana Allah masih beri peluang untuk bernafas sebaik-baiknya.... Alhamdulillah... ::.
| Reactions: |
Tuesday, November 29, 2011
~ Geram... Tapi TANGGUNGJAWAB... ~
~ Geram... Tapi TANGGUNGJAWAB... ~
.:: Hahahah!!! Lucu betol bila difikir-fikir pasal keje nieh... Geram bila mood tengah cuti diganggu oleh manusia yang tak reti bahasa bahawasanya SAYA MAHU REHAT... Tapi bila dok diam2, muhasabah diri, terdetik dihati bahawa, setiap pekerjaan yang membolehkan kita memperolehi GAJI, kerja itu adalah TANGGUNGJAWAB... Maka, perlu dijalankan tanggungjawab itu dengan seikhlas hati... Kalau tak, gaji (duit) tu tak berkat... Apa dia??? Kap Ba Ro Kap Ta Nun... (betul ke ejaan tu tu??? :p )
Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ini... Sebagai seorang manusia, tak lepas dari melakukan kesilapan...
*harap2 esok mood nak buat kerja tak kena kacau ye.. Aminnnnn... ::.
| Reactions: |
~ GERAAAMMM!!! ~
~ GERAAAMMM!!! ~
.:: Geram dan menyampah bila bercuti je ada je manusia yang tak reti bahasa mintak masuk opis untuk siapkan keje dia... Walaweiiiiiiiiiii!!! Sakit hati sesangat dah nihhh!!! Takleh tengok orang nak berehat sket... Selagi tak pejam mata, asek keje je... Weih!!! I NEED MY FAMILY TIME!!! At least my own sweet time kat rumah... Huh!!!
Please understand kalo dah off phone tu, maksudnya takmo diganggu... Tu la, aritu bila tanya nk job tu bila, cakap tak kisah... Bila-bila pon boleh... Now, dok emel kata nak submitt job tu paling lewat 30hb November 2011... Adoi laaaaa!!! Apsal tak bagitau job tu nak submit 30hb Oktober 2011 jekkk??? SENGALLLL!!!
SAKIT HATI!!!
*tgh buat hati kering takmo pi opis... Yg pastinya malam nie CONFIRM tak lena tido sbb pikir nak siapkan keje tu awal pagi esok... HUH!!! ::.
| Reactions: |
Monday, November 28, 2011
~ Salam Maal Hijrah 1433... ~
~ Salam Maal Hijrah 1433... ~
.:: Salam Maal Hijrah 1433 buat semua... Hijrah itu PENGORBANAN... So, sedang mengorbankan apa-apa yang patut demi kebaikan dunia sejagat... Mudah-mudahan pengorbanan ini diberkati dan dihargai oleh semua... Amin....
Bila dah ada PENGORBANAN, kena la ada PERJUANGAN... Ye la... Yang dikorbankan tu kadangkala sukar nak ditinggalkan... Maka perjuangan terhadap apa yang dikorbankan tu kena la lebih... Kena usaha lebih sket... Hijrah itu PERSAUDARAAN... Setiap apa yang dikorbankan itu memerlukan perjuangan... Bila dah berjuang, sorang2 takkan la namanya perjuangan... Kena la ada saudara yang support perjuangan tu supaya boleh menang... Kalo tak saudara sedarah sedaging, saudara seIslam pon boleh... Suami or isteri pon boleh juga jadi rakan seperjuangan, betul tak???
Bila dah complete PENGORBANAN, PERJUANGAN dan PERSAUDARAAN, barulah boleh membentuk PERPADUAN... Bila dah ramai-ramai membantu perjuangan tu, baru boleh berpadu... Lebih kukuh dan lebih mantap la PERPADUAN tu...
Kesimpulannya ialah; untuk diri sendiri, nak melakukan pengorbanan nie kena kuat... Bila dah buat pengorbanan, kena perjuangkan untuk memenangi cabaran kerana meninggalkan sesuatu (pengorbanan)... Kalau dah sorang-sorang, memang tak mampu nak berjuang, so perlukan support... Support yang paling utama utk diri ini ialah SUAMI... My Hubby adalah insan yang sangat diperlukan dalam memperjuangkan apa yang dah dikorbankan... Persaudaraan pun diperlukan juga... At least tak la rasa tempang... Then perpaduan boleh dibentuk bila dah ramai yang bagi support.. Barulah kukuh sistem kekeluargaan... Hurmm....
Semoga pengorbanan kita semua diberkati ALLAH... Aminnnnnnnn...
SALAM MAAL HIJRAH buat SEMUA!!! ::.
| Reactions: |
Monday, November 14, 2011
~ Ombak Rindu... ~
~ Ombak Rindu... ~
.:: Enjoyyyyy!!! ;)
Tuhan tolong lembutkan hati dia...
Untuk terima ku seadanya...
Kerna ku tak sanggup...
Kerna ku tak mampu...
Hidup tanpa dia di sisi ku...
Tuhan aku tahu banyak dosa ku...
Hanya ingat Kamu kala duka ku...
Namun hanya Kamu yang mampu membuka...
Pintu hatinya untuk cintaku...
Malam kau bawalah rinduku...
Untuk dirinya yang jauh dari ku...
Agar dia tidak kesepian...
Selalu rasa ada cinta agung...
Hujan bawa air mata ku...
Yang mengalir membasuh luka ku...
Agar dia tahu ku terseksa...
Tanpa cinta dia di hatiku...
Hanya mampu terserah...
Moga cahaya di penanti...
Tuhan tolong lembutkan hati dia...
Untuk terima ku seadanya...
Kerna ku tak sanggup...
Kerna ku tak mampu...
Hidup tanpa dia di sisi ku...
ost Ombak Rindu... ::.
| Reactions: |
Subscribe to:
Posts (Atom)


